AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Bank Rakyat tawar pembiayaan khas bantu usahawan PKS – Wan Junaidi

93

Bank Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi serta RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama 9 bulan.

Menteri Pembangunan dan Usahawan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus Covid-19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

“Di samping itu, Bank Rakyat turut menawarkan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady. Program khas ini membantu usahawan wanita mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.

“Kempen ini diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19.

“Bank Rakyat turut menawarkan kempen ‘Kami Bersama Anda’ yang bermula sejak 24 April sehingga 30 Jun 2020. Kempen ini menawarkan Pembiayaan Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun,” kata Wan Junaidi menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, sekiranya pelanggan mempunyai barang kemas dan memerlukan wang tunai segera, Bank Rakyat turut menawarkan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dengan jumlah pembiayaan sehingga RM350,000, margin pembiayaan sehingga 80 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan.

Ahli Parlimen Santubong ini juga turut menjelaskan sekiranya pelanggan mahu membeli barang keperluan harian dan menyediakan persiapan untuk musim raya yang akan datang, gunalah Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul pulangan tunai sehingga RM30,000 melalui transaksi dalam talian.

“Malah sekiranya orang ramai berhasrat untuk menyalurkan duit ke ibu bapa di kampung, anda boleh menggunakan aplikasi DuitNow di iRakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM24,000.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Rakyat dan e-mel ke telerakyat@bankrakyat.com.my dengan butiran anda untuk tindakan selanjutnya atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454 untuk bantuan,” kata Wan Junaidi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...