AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

Eksesais Maritim Perkasa Timur Pertingkat Kesiapsiagaan Maritim Malaysia di Perairan Laut China Selatan

351
Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KOTA KINABALU, 30 Oktober – Pelaksanaan Eksesais Maritim Perkasa Timur kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga Maritim Malaysia dan kesiapsiagaan agensi ini dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, eksesais yang bermula pada 28 Oktober sehingga 4 November ini dilaksanakan dengan misi menyediakan pegawai dan anggota Maritim Malaysia agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim. 

Beliau menjelaskan, pelaksanaan eksesais ini akan dapat mempertingkatkan keupayaan khusus pelaksanaan evolusi di laut untuk anggota kapal, pesawat dan pasukan mencari dan menyelamat agensi ini.

Beliau turut menambah, eksesais ini juga akan dapat meningkatkan keberkesanan koordinasi dan keupayaan aset milik agensi dalam mengendalikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Datuk Hamid berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Jeti Sabah Port Sdn. Bhd. Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dan Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Muda Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik,

Terdahulu Datuk Hamid memaklumkan seramai 652 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia dengan kekuatan lebih 15 buah aset terdiri daripada kapal dan pesawat udara milik agensi ini terlibat sepanjang eksesais berkenaan dilakukan.

Berlangsung dalam tiga fasa, eksesais ini bermula dengan fasa pertama iaitu Fasa Pelabuhan yang diadakan bermula pada 28 Oktober sehingga 29 Oktober 2023. Fasa ini merupakan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top akan dilaksanakan di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.
 
Setelah melepasi fasa berkenaan, pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini akan melaksanakan fasa kedua iaitu Fasa Laut pada 30 Oktober hingga 3 November 2023. Pada peringkat ini, aset-aset agensi akan melaksanakan eksesais di  perairan Kota Kinabalu, GSP, Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum seterusnya diakhiri di kawasan Perairan Kuching.
 
Fasa terakhir bagi eksesais ini merupakan Fasa Pasca Eksesais. Pada fasa ini sesi post mortem dan rumusan akan dilaksanakan di Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 3 dan 4 November 2023.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...