AMNiaga @ My LNA

Empat agensi di bawah KPLB mendapat pengerusi baharu

97

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan pelantikan empat orang pengerusi baharu di bawah agensi KPLB.

Menteri KPLB, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, pihak kementerian yakin kesemua pengerusi yang dilantik ini mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam merealisasikan visi dan misi di setiap agensi.

“Lantikan ini adalah bagi jawatan-jawatan Pengerusi di MARA Incorporated (MARA Inc.) merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang hartanah, Pelaburan MARA Berhad (PMB) dalam bidang perkhidmatan kewangan, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan dan Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia Sdn. Bhd (DDEC) dalam bidang perkhidmatan perniagaan khususnya rekabentuk dan kreatif.

“Senarai empat orang pengerusi yang baharu berkuatkuasa pada 15 Mei 2020 ini adalah Emeritus Prof. Datuk Dr. Sukiman bin Sarmani sebagai pengerusi Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. (Unitek-MARA), Dato’ Sri Ahmad Azizi bin Hj Ali sebagai pengerusi MARA Inc., Datuk Azrulnizam bin Abdul Aziz sebagai pengerusi PMB dan Tuan Hj Burhanuddin bin Md. Radzi sebagai pengerusi DDEC,” kata Abd Latif menerusi satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Menteri tersebut turut menjelaskan melalui pelantikan dan pendekatan baharu ini juga, kementerian yakin MARA dan subsidiarinya akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosioekonomi bumiputera dalam memastikan tiga sektor utama MARA meliputi keusahawanan, pendidikan dan pelaburan akan digerakkan secara seimbang dan menjadi teras strategik dalam membawa agenda bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

“Tahniah di atas pelantikan ini dan diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Agensi pada masa akan datang,” ucap Abd latif yang juga merupakan Ahli Parlimen Mersing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...