AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani Platform Pelajar Tvet Kukuhkan Jati Diri

323

IPOH, 20 Oktober 2023 – Penganjuran Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 yang memfokuskan kepada kepimpinan golongan muda yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara bangsa merupakan satu platform terbaik pengukuhan jati diri sebagai pelajar TVET Politeknik dan Kolej Komuniti. Kepimpinan Mahasiswa Madani berteraskan enam rukun Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan merupakan kerangka utama pembentukan modal insan yang holistik seiring pembangunan negara.

Penganjuran konvensyen ini adalah selaras dengan matlamat untuk menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) Lonjakan 1 iaitu melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam domain kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk budaya kepemimpinan yang mempunyai ciri-ciri madani dalam kalangan mahasiswa demi kelangsungan kepimpinan insani di negara ini.

Penganjuran konvensyen juga adalah seiring dengan hala tuju baharu JPPKK iaitu memacu warganya agar menjadi lebih mandiri, kalis cabaran masa hadapan serta mempunyai keboleh saingan yang tinggi. Tema konvensyen iaitu “Kepimpinan MADANI Teras Pembangunan Insani” adalah inspirasi daripada dasar peringkat nasional yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu “Membangun Malaysia MADANI”.

Seramai 237 pemimpin pelajar yang terdiri daripada 92 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari 32 buah Politeknik dan 145 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dari 72 buah Kolej Komuniti menghadiri konvensyen. Aktiviti ini diadakan selama empat hari bermula 19 – 22 Oktober 2023 dengan pelbagai pengisian seperti Dialog Siswa TVET,
Pertandingan Akhir Kalam Jauhari, sesi perkongsian ilmu serta aktiviti CSR Rahmah Tambun bagi memperkasakan para peserta dengan kemandirian ilmu serta persediaan sebagai pemimpin masa depan.

Antara tokoh ilmuan yang berkongsi ilmu adalah Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian (Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia) Tuan Haji Badrul Sani (Professional Trainer & Coach in Communication, Inspiration & Transformation), Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar (Personaliti RTM), Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin (Ketua Pegawai Eksekutif YADIM), dan Kapten (B) Shamsudin bin Moner (Pengarah Kanan Sektor Latihan & Pengkaderan YADIM).

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Politeknik Ungku Omar. Program ini turut mendapat kerjasama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Negeri Perak dan Pusat
Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun.

Majlis perasmian turut menyaksikan penyampaian hadiah utama Pertandingan Kalam Jauhari serta pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM Politeknik Ungku Omar 2023/2024 Yang Berusaha Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Takwa Wilayah Persekutuan telah merasmikan program ini di Dewan Jubli Perak, Ipoh.

    Leave a comment

    Please Login to Comment.

    Member

    Related Articles

    AMBM @ MY LNAUTAMA

    Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

    HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

    AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

    KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

    PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

    BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

    Sistem CIPM MCMC raih anugerah

    CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...