BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Artis BBNU Semarakkan Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional

561

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 – Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Malaysia anjuran Istana Budaya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menampilkan artis-artis baharu atau ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) dengan mempersembahkan lagu-lagu terkini gubahan genre muzik orkestra tradisional antaranya seperti Kembali Terang, Casablanca dan Kalam.

Artis-artis jemputan dan BBNU yang bakal menyerlahkan keunikan persembahan berbentuk muzik tradisional ini antaranya adalah Shiha Zikir, Nadeera Zaini, Putera Muhammad vokalis kumpulan MADAM dan dua orang alumni UKM yang sedang meningkat naik iaitu Hariz Fayahet dan Nurul Syafiqah.

Konsert berskala mega ini diterajui oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh Artistana Istana Budaya serta dimeriahkan lagi dengan Artisukma UKM, Kumpulan Dikir Barat, Kumpulan Koir dan Ensemble Cak Lempung oleh mahasiswa UKM sendiri.

En. Yazid Zakaria selaku Pengarah Muzik/ Konduktor OTM menyatakan “bagi mengangkat muzik tradisional ke tahap cemerlang, kita berusaha untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda melalui persembahan dan nyanyian oleh artis BBNU agar terus diminati, dihargai dan tidak ditelan zaman.”

Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional di UKM ini merupakan salah satu Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia yang merupakan kesinambungan jalinan kerjasama strategik Istana Budaya bersama IPTA/IPTS seperti Management and Science University (MSU) yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Jun 2023 dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bakal dipersembahkan pada
11 November 2023.

Warga kampus dan awam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi konsert ini dan menyaksikan artis-artis mempersembahkan keunikan lagu terkini dalam bentuk muzik orkrestra tradisional pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bermula jam 8:00 malam bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM, Bangi.

Tiket persembahan dijual dengan harga flat rate RAHMAH serendah RM11.50 sahaja. Tiket Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Malaysia telah mula dijual pada 5 Oktober 2023 dan hanya boleh didapati di portal https://www.ticket2u.com.my/

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...