AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

244

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan harga beras tempatan tidak meningkat dan bekalannya mencukupi untuk keperluan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan subsidi tambahan ini akan digunakan bagi menampung keperluan agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah yang menggunakan beras dalam jumlah yang besar.

“Diberitahu Kementerian Kewangan kepada ‘central contract’ supaya beli hanya beras import jangan beli beras tempatan untuk kem tentera polis dan jabatan kerajaan, asrama sekolah bagi mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat,” kata beliau.

Ini bermakna, sehingga lima peratus bekalan beras tempatan yang digunakan oleh agensi kerajaan akan dipulangkan kepada pasaran umum.

“Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima peratus boleh dipulangkan kepada pasaran,” katanya ketika merasmikan Karnival Segalanya Felda Wilayah Mempaga di Felda Chemomoi.

Kerajaan turut memutuskan untuk memberi subsidi bagi pembelian beras import oleh orang ramai di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bekalan beras tempatan demi memastikan beras di dua negeri itu dijual tidak melebihi RM31 berbanding RM40 yang dijual pada masa ini.

Perdana Menteri menjelaskan antara punca beras tempatan tidak mencukupi adalah kerana ramai pengguna beras import sebelum ini telah beralih kepada beras tempatan selepas harga beras import mengalami kenaikan.

Anwar turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan bekalan beras yang menjadi keperluan asas rakyat negara ini mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

Katanya, bagi mengatasi masalah kekurangan beras, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diingatkan untuk lebih proaktif menghantar bekalan beras di kawasan yang mengalami masalah kekurangan keperluan asas itu.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa semua agensi kerajaan akan menggunakan beras import sebagai salah satu langkah meningkatkan bekalan beras tempatan dalam pasaran.

Ini di samping subsidi kerajaan sebanyak RM950 bagi setiap tan metrik beras putih import di Sabah dan Sarawak, yang akan membolehkan beras terbabit dijual pada harga RM31 sekilo.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...