25 September 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa negeri iaitu :
- Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
- Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
- Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar)
- Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong)
- Selangor (Hulu Langat) dan
- Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).
Amaran tersebut adalah sehingga 2:00 petang hari ini.
Leave a comment