Other News

Kelonggaran Kriteria Pengambilan Jururawat Terlatih Warga Asing (JTWA) di Fasiliti Kesihatan Swasta

273

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Kekurangan tenaga kerja jururawat di kedua-dua sektor awam dan swasta memberi kesan yang besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini. Perkara ini telah lama dibangkitkan oleh pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ianya harus segera diatasi.
 
Kriteria yang sedikit mengekang berkenaan pengambilan Jururawat Terlatih Warga Asing (JTWA) oleh pihak swasta, seperti termaktub dalam Employment Criteria for Foreign Trained Nurses In Malaysia 2018, telah dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara, demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing.
 
Kini, fasilti kesihatan swasta dibenarkan mengambil JTWA tanpa kelayakan pos basik, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 
1. JTWA perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia.
 
2. Pengambilan JTWA sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA. Perkara ini akan dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.

3. Bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti tersebut.
 
4. Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak.
 
Keputusan ini telah disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ianya dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka. Dengan ini, fasiliti kesihatan swasta juga akan lebih bersedia untuk menyokong KKM dalam usaha memenuhi keperluan kesihatan rakyat, melalui jalinan kerjasama awam-swasta. KKM menjangkakan langkah ini akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor seperti industri pelancongan kesihatan, dan seterusnya merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.
 
Namun demikian, KKM prihatin dan tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025. Langkah ini diambil untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti KKM dan akan memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara.
 
Kerajaan sentiasa cakna dan sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu berhubung perkhidmatan kesihatan di negara ini. Melalui kelonggaran kriteria pengambilan JTWA, diharapkan semua fasilti kesihatan swasta akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.
 
 
DR ZALIHA MUSTAFA 
MENTERI KESIHATAN 
18 SEPTEMBER 2023 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Media OutReach NewswireOther News

Black Friday Savings: Kling AI Offers 50% Off and Free Feature Upgrades

BEIJING, CHINA 21 November 2024 – On November 11th, Kling AI, a...

Media OutReach NewswireOther News

Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street

Hong Kong’s Tsim Sha Tsui maintains a high global ranking position as...

Media OutReach NewswireOther News

Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back

SINGAPORE  21 November 2024 – Get ready to turn back time and...

Media OutReach NewswireOther News

Johnson Electric reports results for the half year ended 30 September 2024

Highlights of FY24/25 Half-Year Results Group sales US$1,854 million – down 4%...