Alam Sekitar @ MY LNABelia & My LNABernamaBM @ MY LNAUTAMA

Pemimpin Pelajar Negara-Negara Asean Dan Jepun Menerajui Usaha Menentang Sisa Plastik Marin Dan Ke Arah Hari Esok Yang Mampan Di “Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar Asean-Jepun (Ajyeln)”

488
Pendaftaran kini dibuka dan percuma. (Grafik: Business Wire)

Dalam talian dari 3pm JST pada 21 September 2023

TOKYO, 18 Sept (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan mengadakan Majlis Pelancaran Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar ASEAN-Jepun (AJYELN) pada hari Khamis, 21 September, 15:00-16:30 (JST). Pelancaran tersebut akan memperkenalkan 37 orang felo secara rasmi yang telah dipilih daripada ratusan pemohon yang bersaing sengit dari semua Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Felo AJYELN akan membentangkan projek masing-masing mengenai cara untuk menangani isu pencemaran plastik di komuniti setempat mereka.

Kementerian Alam Sekitar Jepun, akan mendapat penghormatan untuk memberikan Ucapan Perasmian manakala Ucapan Alu-aluan akan diujarkan oleh Sekretariat ASEAN. En. Robin Takashi Lewis daripada myMizu dan Social Innovation Japan akan memberikan Ucaptama manakala Mesej Sokongan akan dikongsi oleh En.Senjaya Mulia daripada Organisasi Belia ASEAN dan Perusahaan Sosial AYO.

AJYELN ialah program berbilang tahun AJC yang pertama yang bertujuan untuk merekrut dan melatih pemimpin muda alam sekitar dalam lingkungan umur 15-25 tahun. AJYELN menyatukan kepercayaan terhadap sokongan dan kepimpinan alam sekitar yang dipimpin oleh belia untuk masa depan yang mampan. Lebih-lebih lagi, hal ini melihat keperluan untuk menghubungkan individu, keluarga dan komuniti untuk memacu tindakan bersama bagi pengurusan sisa yang betul dan ekonomi pekeliling. Projek tersebut ialah sebahagian daripada program AJC yang lebih besar iaitu ‘Sustainable Blue Seas and Green Planet’ yang bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Tinjauan ASEAN di Indo-Pasifik (AOIP) dan khususnya Pelan Tindakan Serantau ASEAN untuk Memerangi Serpihan Marin di ASEAN (2021-2025).

Sejak tahun 2020, AJC telah melancarkan pelbagai program yang menangani isu pembuangan sisa plastik marin dan pelepasan gas rumah hijau di ASEAN dan Jepun. Inisiatif ini mewujudkan dan menambah pergerakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda. Pada tahun 2020, pihak AJC telah bekerjasama dengan 22 pelajar ASEAN dan Jepun atau dikenali sebagai “felo’ untuk mewujudkan “Pengisytiharan Pemimpin Masa Depan mengenai Kerjasama ASEAN-Jepun untuk Sisa Plastik Marin Antarabangsa.” Berikutan hal ini, “Sekolah Eko ASEAN-Hiroshima untuk Pendidikan Sisa Plastik Marin” dan “Sekolah Eko ASEAN-Jepun untuk Sisa Plastik Marin” telah dijalankan sekaligus dapat melaksanakan cadangan felo dalam Pengisytiharan. Menjelang tahun 2022, program Sekolah Eko telah menjangkau lebih daripada 12,500 pelajar sekolah rendah dan menengah di Negara Anggota ASEAN dan Jepun. Kuliah dalam talian ini yang disampaikan dalam bahasa tempatan meliputi penggunaan dan pelupusan plastik yang betul, serta amalan tingkah laku untuk mengurangkan jumlah plastik yang berada di lautan.

AJC bekerjasama dengan organisasi berikut untuk melaksanakan projek AJYELN: Organisasi Belia ASEAN; Pusat Pengetahuan Serantau Asia Timur untuk Serpihan Plastik Marin (ERIA-RKCMPD) di Jakarta; Pusat Perkongsian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam; Kementerian Alam Sekitar, Kemboja; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Lao PDR; Kementerian Alam Sekitar, Jepun; Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli, Filipina; dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Malaysia.

Pendaftaran untuk majlis tersebut kini dibuka dan percuma tetapi terhad kepada 1000 slot atas dasar siapa cepat dia dapat.

Tarikh dan Masa: 21 September 2023 | 15:00–16:30 (JST)
Tempat: Dalam Talian
Bahasa: Bahasa Inggeris
Yuran Pendaftaran: Percuma
Warga Sasaran: Pelajar dan guru Sekolah Rendah dan Menengah di negara-negara ASEAN dan Jepun; sesiapa yang berminat dengan isu plastik marin.

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai projek ini termasuk program dan pendaftaran, sila layari laman sesawang AJC https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/20230913/

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Rangkaian Pemimpin Belia Alam Sekitar ASEAN-Jepun (AJYELN), sila lihat Halaman Facebook rasmi dan Halaman Instagram.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Unit PA Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (MS)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
NO. TELEFON: +81 (0)3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
 
Sumber: Pusat ASEAN-Jepun


–BERNAMA

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...