BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPengguna @ My LNA

KPDN siasat video tular jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing

260

PUTRAJA, 15 September 2023 – Berhubung dengan isu video tular di media sosial bertarikh 14 September 2023 berhubung isu penjualan minyak masak paket 1kg oleh Pasar Raya NSK Jalan Peel, Kuala Lumpur kepada warga asing tanpa kawalan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke atas pasar raya tersebut.

Menurut KPDN, hasil pemeriksaan tersebut mendapati, berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi dalam kuantiti yang banyak.

“Pihak Pasar Raya NSK telah mengehadkan pembelian minyak masak paket 1kg bersubsidi maksimum hanya tiga (3) paket sahaja bagi setiap transaksi namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.

Ketika proses pemindahan/pemulangan semula lebihan minyak paket 1kg tersebut oleh pekerja warga asing di kaunter pembayaran, video tersebut telah diambil oleh pemilik video itu tanpa mengetahui punca sebenar yang berlaku.

Pihak Pasar Raya NSK juga telah mengesahkan bahawa tidak berlaku penjualan minyak masak paket 1kg hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dalam video yang tular itu dan pihak Pasar Raya NSK juga telah membuat satu (1) laporan polis berhubung isu tersebut.” jelas KPDN.

KPDN turut menasihati orang ramai dan pengguna media sosial agar lebih berhati-hati sebelum menyebarkan maklumat/info yang tidak sahih di media sosial kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran dan kekecohan orang ramai.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...