BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

273

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa rendah diri dan sentiasa berasa terhutang budi kepada rakyat dan tidak boleh sama sekali berasa sombong dan angkuh.”

Ini adalah antara intipati ucapan daripada Setiausaha Agung parti DAP Anthony Loke sewaktu Persidangan Parti DAP 2023.

Anthony mengingatkan warga DAP tentang tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai suatu mandat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara

“Melayu bukan musuh kepada DAP, dan DAP bukan musuh kepada Melayu.”

Anthony kemudian juga menegaskan bahawa parti DAP juga bukan musuh kepada mana-mana kaum dan agama di Malaysia. Parti DAP merupakan sebuah parti yang mendukung aspirasi rakyat Malaysia tidak kira kaum atau agama.

“Perjuangan DAP akan sentiasa berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.”

Anthony Loke memberi jaminan yang parti DAP, termasuk perlembagaan parti dan objektif parti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta mematuhi lunas undang-undang tanah air tercinta.

Parti DAP merupakan parti pertama yang meletakkan suatu syarat di mana 30% daripada pimpinan pusat DAP haruslah terdiri daripada kaum wanita. Anthony juga ingin melihat lebih banyak penglibatan daripada kaum wanita di setiap aras perwakilan. Ini adalah selaras dengan hasrat parti DAP untuk menjadi sebuah parti yang lebih progresif.

“Jangan anggap kuota 30% itu adalah kuota siling untuk pimpinan wanita.”

Ini adalah mesej dan hasrat Anthony Loke selaku Setiausaha Agung parti kepada pimpinan wanita di dalam parti tersebut. Dalam ucapan beliau sewaktu persidangan parti, Anthony berkata bahawa peluang akan sentiasa diberikan kepada kaum wanita untuk menjadi wakil kepada rakyat dan juga pucuk pimpinan dalam parti DAP.

Dalam ucapan beliau juga, Anthony Loke telah menyatakan komitmen daripada parti DAP untuk membantu parti komponen Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Pelangai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Anthony mengambil inspirasi daripada kemenangan Kerajaan Perpaduan semasa Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di mana kemenangan itu telah menjadi pembakar semangat dan dan suntikan keyakinan untuk dibawa semasa kempen PRK Pelangai kelak.

“Kita akan membawa semangat ini ke PRK Pelangai. Di Johor, jentera UMNO dan BN memberi sokongan penuh kepada calon PH di Pulai dan Simpang Jeram.”

“Jelas sekali itu adalah formula kejayaan dan sudah tentu apabila sampai DUN Pelangai nanti, giliran PH untuk bantu calon UMNO-BN.”

Pada hari Ahad 10 September yang lalu, DAP telah mengadakan persidangan parti tahunan yang bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.

Sebanyak 2,042 cawangan DAP di seluruh negara telah diberi kelayakan untuk menghantar perwakilan masing-masing.

Persidangan sehari tersebut turut membincangkan isu dalaman, dasar, dan hala tuju parti serta pembangunan ekonomi.

Apabila ditanya Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim tentang persidangan parti DAP, beliau berkata “kita akan fokus isu dalaman,dasar, dan hala tuju parti. Sudah tentu antara perkara utama yang akan dibincangkan ialah penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan juga negeri.”

“Antara isu lain ialah hala tuju terutamanya dari segi dasar pembangunan ekonomi untuk rakyat dan sebagainya,” ulas Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...