BM @ MY LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ bakal gegarkan Kuala Lumpur

400

Genre muzik ‘rock n roll’ yang berasal dari Amerika Syarikat melanda senario muzik dunia sejak lewat 1940an dan awal 1950an memberikan definisi baru kepada persembahan muzik secara kugiran (kumpulan gitar rancak). Rentak bertenaga, melodi dan lirik yang mudah dihayati serta peranan gitar elektrik menjadi rencah utama.

Muzik ‘rock n roll’ seterusnya menjadi pengaruh penting dalam perkembangan budaya muzik dunia diabad ke 20. Dalam sebuah kugiran bergenre ‘rock n roll’, gitar elektrik memainkan peranan utama. Situasi itu membawa kepada perwatakan hero gitar yang sering menjadi tumpuan dalam sebuah kugiran. Bunyian dari gitar menjadi signifikan kepada muzik sesebuah kugiran. Maka dari itu, peranan bunyi dari permainan seorang gitaris itu sangat penting dalam menghasilkan muzik yang berkualiti dan diterima pendengar.

Gitar sebagai alat muzik bertali amat bergantung kepada kepakaran permainan sang gitaris. Salah satu teknik yang ketara adalah vibrato. Teknik vibrato masing masing menghasilkan bunyi yang berlainan dengan tona dan ekspresi pelbagai. Itu yang membezakan seorang gitaris dengan gitaris yang lain.

Maka, meraikan sang gitaris dan teknik vibratonya dari hati ke jari dan langsung ke tali adalah sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan. Buah fikiran untuk menganjurkan sebuah konsert yang menampilkan 7 orang gitaris hebat dalam industri muzik Malaysia adalah unik dan pertama kali akan dipersembahkan. 7 orang gitaris ini diundang berdasarkan keupayaan dan pengaruh mereka dalam genre muzik dan era mereka tersendiri.

Kenapa 7? Sudah pasti 7 adalah nombor keramat dan ia melambangkan Do Re Mi Fa Sol La Ti.

TUJUH VIBRATO GITAR akan dipersembahkan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023. Ia akan menampilkan 7 orang gitaris iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa. Mereka akan diiringi oleh para pemuzik profesional sebagai ‘house band’ iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards) dan Ainoll (drums). Manakala para penyanyi latar profesional bagi mewarnai vokal adalah Izzat dan Baby.

TUJUH VIBRATO GITAR akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat berkaitan dengan 7 orang gitaris tersebut. Konsert ini pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat TUJUH(7) orang gitaris tersebut, juga 3 orang vokalis utama yang akan ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

VIBRATO GITAR akan dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com

Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00, Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00, Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00, Cat 4 VIP Box (8 pax/box), RM 5,000.00

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...