AMBerita @ My LNABM @ MY LNA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam lawat Hospital Dungun

369

TERENGGANU, 22 OGOS 2023 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, hari ini mengadakan lawatan projek lambat siap ke tapak projek Hospital Dungun, Terengganu bagi meninjau persiapan akhir pembinaan bangunan tersebut terutamanya bilik-bilik pembedahan.

Kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini, penyediaan perkhidmatan hospital pakar kerajaan adalah salah satu sumbangan kerajaan terutama kepada rakyat kurang berkemampuan.

“Bukan itu sahaja, malahan jika lihat dari segi aspek lain, hospital pakar dapat membuka luas prospek dan kerjaya semua peringkat dan jenis profesional untuk klinikal dan bukan klinikal seperti doktor, jururawat, personel bersekutu atau peranan pentadbiran dan pengurusan. Malahan peluang pekerjaan untuk sektor-sektor lain juga terbuka luas seperti pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pembersihan, pemakanan dan sebagainya.

Ini adalah perkembangan positif bagi rakyat Terengganu kerana bakal menikmati perkhidmatan daripada Hospital Dungun yang dijangka akan menjadi hospital pakar ketiga di sini.” kata JPA.

Lawatan itu juga adalah bagi memastikan bilik-bilik pembedahan serta fasiliti-fasiliti lain di sini disiapkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi menjamin kebajikan penjawat awam dan keselamatan pesakit terjamin.

“Di samping itu, lawatan ini juga bagi mencari titik penyelesaian antara semua agensi yang terlibat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri selaku Agensi Pusat Pemantauan Projek, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk memastikan projek ini diselesaikan mengikut perancangan semasa.” kata JPA.

Hospital Dungun yang mula dibina pada 2016 itu mampu beroperasi mengikut kapasiti 110 katil. Sebanyak 10 kepakaran disediakan antaranya Kecemasan, Perubatan, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, Ortopedik, Psikiatri, Pergigian dan Patologi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...