BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

364
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ditemui media selepas menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi – Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA) di Putrajaya hari ini, Kredit Foto Pejabat TPM

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata.

“Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional.” kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini.

“Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu.

Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan.” tegas Ahmad Zahid.

Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...