AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Seratus pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi

639

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi – Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA) pada pagi hari ini.

Program tersebut telah diadakan di Padang TEP Luar ABC, Presint 5, Putrajaya.

Menurut Ahmad Zahid beliau hadir memberikan sokongan moral di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet Pembangunan Sukan.

“Kita telah menjalin kerjasama yang erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberikan biasiswa kepada ahli-ahli sukan termasuk pemain-pemain bola sepak di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk dipertingkatkan di peringkat kebangsaan.

Ini adalah satu usaha yang akan mengambil jangka masa sederhana dan panjang untuk melihat kejayaannya.” kata Ahmad Zahid kepada media.

Tambah Ahmad Zahid, beliau komited selaras dengan pertanggungjawaban untuk pelarasan pembangunan sukan negara.

“Saya seronok kerana Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) sangat proaktif dan Menteri Pendidikan (Fadlina Sidek) sangat komited untuk menterjemahkannya di peringkat MSSM manakala Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khaled Nordin) apabila pelajar-pelajar ini berada di peringkat IPT, ianya diteruskan dalam bentuk pemberian biasiswa.

Saya fikita usaha ini tidak perlu diberhentikan apabila Menteri bertukar dan ia harus menjadi dasar kepada kerajaan.” katanya pada media.

Sebanyak 100 pasukan menyertai kejohanan tersebut yang melibatkan seramai 2000 peserta.

Johan bagi kategori U8 dan U10 bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM5000, piala iringan, trofi dan e-sijil. Naib Johan akan menerima wang tunai bernilai RM4000, piala iringan, trofi dan e-sijil manakala pemenang tempat ketiga bakal menerima wang tunai bernilai RM3000 trofi dan e-sijil.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...