AMBM @ MY LNAUTAMA

Kebakaran MV KMTC Shenzen Berjaya Dikawal

291

PELABUHAN KLANG, 15 OGOS 2023 – Insiden kebakaran melibatkan 24 buah kontena di atas kapal MV KMTC SHENZEN yang berlaku pada 12 Ogos lalu telah berjaya dikawal sepenuhnya, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza bin Ghazali berkata, operasi pemadaman api yang dilakukan bersama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pelabuhan Klang telah berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan insiden kebakaran kontena di atas Kapal MV KMTC SHENZHEN di Perairan Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBSM) Negeri Selangor Nor Ariffin bin Kamari berkata, dalam usaha memadamkan kebakaran berkenaan pihak bomba berhadapan cabaran kerana perlu berhati-hati dengan bahan kimia yang terdapat di atas kapal tersebut seperti Organic Perixide, Propyl Acetate dan Alkysulphonic Acid.

Beliau turut memaklumkan pemantauan daripada pihak JBPM masih dilakukan bagi memastikan tiada lagi kebakaran di atas kapal berkenaan.

Dalam pada itu, Komander Maritim Mohd Shahrenliza turut memaklumkan keadaan Kapal MV KMTC SHENZHEN tidak mengalami kebakaran kecuali kontena seperti dimaklumkan yang berada di bahagian hadapan kapal berkenaan.

Beliau menambah, peralatan keselamatan yang lengkap dalam kapal terbabit telah memudahkan proses memadamkan kebakaran ini disamping kru kapal yang memberikan kerjasama yang penuh dalam usaha tersebut.

Sebagai rekod seramai 18 orang kru termasuk kapten kapal berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak Maritim Negeri Selangor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBSM) Negeri Selangor, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Pasukan Polis Marin (PPM) dan pihak Pelabuhan dalam usaha memadamkan kebakaran ini.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...