BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

PM selesai mengundi, nasihat pengundi utk keluar awal

384
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin seri Dr Wan Azizah hadir untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Permatang Pauh pada 12 Ogos 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke 15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.41 pagi tadi.

Anwar ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengundi di situ.

“Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini.

Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin.” kata Anwar menerusi hantaran di halaman sosial medianya hari ini.

Menurut SPR, setakat jam 10 pagi tadi, peratusan kelar mengundi bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 20%.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...