Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melawat salah sebuah Pusat Media yang dibuka sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN ) ke 15 di Kuala Langat, Selangor.
Pusat Media lain adalah di Sabak Bernam (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Alor Setar (Kedah) yang diseliakan bersama oleh Kementerian Komuniksi dan Digital dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).
Di situ, beliau diberi taklimat mengenai pengopersian Pusat Media yang terletak di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Langat oleh JaPen.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah JaPen, Dato’ Sukari Abd Hamid.
Selain Pusat Media tersebut, JaPen juga telah mewujudkan Pusat Media Maya (PMM) melalui platform WhatsApp secara berasingan untuk enam negeri yang terlibat dalam PRN DUN iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.
Ahli-ahli PMM termasuk wakil-wakil komunikasi daripada setiap parti politik yang bertanding termasuk Pakatan Harapan , Barisan Nasional dan Perikatan Nasional serta juga calom-calon bebas.
Pusat Media tersebut berfungsi untuk membuat hebahan siaran media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi kerajaan yang lain.
Ia juga turut menyediakan kemudahan ruang bekerja kepada semua petugas media yang berdaftar dengan JaPen, ruang sidang media dan kemudahan Internet berkelajuan tinggi.
Leave a comment