AMBM @ MY LNAPertanian @ My LNAUTAMA

Fadillah lawat Sauna Cacao, santuni pengusaha tanaman koko

226
Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama para pengusaha koko. Sumber foto FB Rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di Tanjung Sepat, Selangor yang merupakan salah satu pengisian Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Menurut KPK, program santai bersama pengusaha tanaman koko tersebut diadakan di kebun Lee’s Cocoa,Tanjung Sepat, Selangor, yang dimiliki oleh seorang pengusaha koko tempatan iaitu Encik Lee Soon Cheong.

Sesi dialog diadakan bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan
untuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani.

“YAB Menteri turut melawat tapak pengeringan biji koko atau ’Sauna Cacao’ serta melancarkan produk premium Lee’s Cocoa Tree to Bar. Kebun Lee’s Cocoa juga menyediakan aktiviti agro-pelancongan kepada pengunjung dalam dan luar negara kerana mempromosikan proses penghasilan produk koko yang bermula dari rantaian buah koko sehingga kepada penghasilan coklat.

Selaras dengan halatuju Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar biji koko premium, Kebun Lee’s Cocoa ini merupakan antara pengusaha tanaman koko yang produktif dalam melaksanakan penanaman koko, memproses dan mengeringkan biji koko serta membuat produk coklat denagn berkonsepkan ‘tree to bar’ yang menghasilkan biji koko ‘single origin’ (asal tunggal) serta coklat premium.

Setakat ini, program tanaman koko seliaan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Selangor merekodkan keluasan tanah berjumlah 16.84 hektar denganmelibatkan penyertaan 35 orang pekebun koko.” kata KPK dalam satu kenyataan hari ini.

Produk biji koko premium berpotensi dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding biji koko biasa yang mana ini dapat membantu meningkatkan pendapatan petani koko.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...