Berita @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

802
Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dengan sasaran 20,000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat.

Menurut MyCreative, Kembara RIUH 2023 yang membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, diadakan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan.

Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5.00 dan ke bawah.” kata MyCreative.

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air. Antaranya, Dato’ M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Universiti Malaya Meraih Juara Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Empat Kali Berturut-turut

Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di...