Kumon Malaysia, program pengayaan selepas sekolah terbesar di negara ini, telah mengadakan Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon yang pertama untuk meraikan lebih 10,000 pelajar yang telah mendaftar dalam program Kumon English as a Foreign Language (EFL) dan Kumon English as a Native Language (EE).
Kumon Malaysia memperkenalkan program Bahasa Inggeris EFL pada Mac 2022, yang menawarkan kanak-kanak bukan penutur asal bahasa Inggeris, sebuah platform yang selesa dan sangat berkesan untuk mempelajari bahasa itu melalui Kumon. Sebaliknya, program Bahasa Inggeris EE sedia ada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pemahaman bacaan bahasa Inggeris peringkat lanjutan untuk kanak-kanak yang sudah terdedah kepada persekitaran berbahasa Inggeris. Dengan menyesuaikan program Bahasa Inggeris agar sesuai dengan persekitaran bahasa setiap kanak-kanak, Kumon Malaysia terus membuka peluang untuk pengalaman pembelajaran yang optimum di kalangan pelajarnya.
“Pengenalan program Bahasa Inggeris EFL adalah bukti komitmen Kumon Malaysia untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dalam perjalanan pembelajaran bahasa mereka. Bersama-sama dengan Acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon ini, kami menyasarkan untuk terus mengutamakan kepentingan mempelajari bahasa Inggeris dari usia muda,” kata Encik Atsushi Hasegawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia. “Kami tahu bahawa meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris akan memperluaskan prospek kerjaya masa depan pelajar di samping memberikan mereka akses kepada pelbagai maklumat yang lebih luas dan menambah keseronokan kepada kehidupan mereka. Dengan program bahasa Inggeris kami yang komprehensif dan boleh disesuaikan dengan latarbelakang mereka, kami menyasarkan untuk memperkasakan pelajar kami untuk berjaya dalam dunia globalisasi kini,” tambahnya.
Angkasawan Malaysia dan tetamu istimewa, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, hadir pada majlis itu untuk memberi inspirasi kepada pelajar dengan berkongsi kisah peribadinya dan kepentingan mempelajari bahasa asing. Semasa sesi perkongsiannya, beliau turut berkongsi pengalaman mengajar anak-anaknya bertutur dan membaca bahasa Inggeris pada usia yang sangat muda.
“Program Bahasa Inggeris Kumon telah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak saya dengan ketara. Dengan lembaran kerja secara berstruktur dan secara individu, program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan pemahaman bacaan dan kemahiran perbendaharaan kata mereka. Pada masa yang sama, program ini telah membantu anak-anak saya mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dan keyakinan dalam berbahasa Inggeris,” kongsinya. Anak kembarnya kini sedang menghadiri program Kumon untuk kedua-dua Bahasa Inggeris dan Matematik.
Semasa acara tersebut, para peserta juga berpeluang menerokai pelbagai reruai termasuk reruai Kumon Connect, reruai Francais Kumon dan reruai Kempen Kelas Percubaan Percuma Kumon. Lebih 1,000 orang temasuk pelajar program Bahasa Inggeris Kumon, ibu bapa dan pengajar menghadiri acara yang dipentaskan di Dewan Pameran Besar IOI di IOI City Mall Putrajaya manakala 1,000 peserta lagi menghadiri acara itu secara maya.
Kumon Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan terbarunya, KUMON CONNECT. Dilancarkan pada Januari 2023, platform inovatif ini membolehkan pelajar mengakses lembaran kerja Kumon secara digital pada peranti tablet. Pengenalan Kumon CONNECT merevolusikan pengalaman pembelajaran dengan membolehkan pelajar belajar pada bila-bila masa, di mana sahaja – menyediakan fleksibiliti dan kemudahan yang tiada tandingan. Selain itu, KUMON CONNECT menyediakan rekod visual pembelajaran dan kemajuan pelajar – yang memudahkan pengesanan pencapaian yang lebih mudah dan meningkatkan motivasi.
Sebagai salah satu institusi pendidikan swasta terkemuka di Malaysia, Kumon kekal komited dengan misinya menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia. Melalui program bahasa Inggeris yang komprehensif dan perkhidmatan inovatif seperti Kumon CONNECT, Kumon Malaysia terus memperkasakan pelajar dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin mencabar.
Leave a comment