BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM Lancar Jentera BN-PH Negeri Kedah Pada Sabtu

326

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah di Padang Awam Guar Chempedak pada Sabtu ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, himpunan jentera parti dan penyokong BN-PH itu merupakan sebahagian program sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke negeri itu.

“Kita akan kumpulkan semua jentera pilihan raya PH dan BN di Kedah. Kita juga telah menyusun di peringkat jawatankuasa untuk bawa penyokong kedua-dua gabungan untuk bersama dalam program gerak kerja pilihan raya pada 9 malam.

Acara lain termasuk pentas orang muda pada sebelah petang,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini hari ini.

Jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO turut dijadual hadir serta pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Mahdzir berkata, siri kempen jelajah akan diteruskan di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Perdana Menteri melancarkannya secara serentak.

“Siri jelajah perpaduan ini merupakan negeri kedua, selepas Selangor,” katanya.

Sementara itu Mahfuz memaklumkan, dua lagi program turut diadakan termasuk Sentuhan Madani peringkat negeri Kedah bersama pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil di Ampang Jajar, Alor Setar.

“Himpunan bersejarah ini seakan mengulangi perhimpunan yang pernah diadakan sewaktu Anwar menjadi Menteri Pertanian satu ketika dahulu.

Saya harap pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil ambil peluang ini untuk dengar amanat selain menyuarakan permasalahan untuk ditangani bagi meningkatkan kehidupan,” katanya.

Tambahnya, Karnival Usahawan Desa pula diadakan di Sungai Petani pada 12.30 tengah hari, dengan menghimpunkan usahawan Kedah.

“Kita mahu semarakkan lagi peranan usahawan dengan menggerakkan mereka sebagai salah satu enjin ekonomi negara walaupun daripada kumpulan desa mahupun perniagaan kecil,” ujarnya lagi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...