BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

UMNO Kedah yakin ahlinya kekal beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

142

ALOR SETAR, 3 Julai 2023 – UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu yang kini dilihat sudah semakin reda.

“Pada saya, ahli UMNO masih lagi kekal dengan semangat parti. Kalau tengok kepada jumlah undi yang ada itu, maknanya kita tetap ada deposit daripada situ.

Cumanya waktu itu (PRU15) ada persepsi menyebabkan ada yang beralih angin, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI DUN Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah berkata, sokongan pengundi yang hilang sebelum ini juga akan berpatah balik kepada BN-PH pada PRN kali ini.

“Mereka akan berpatah balik cuma sebesar mana jumlah yang patah balik itu hanya pengundi tahu,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan tinjauan, peralihan sokongan itu sudah pun bermula setelah berakhirnya PRU15.

“Lagipun rakyat Kedah sudah cerdik bukan orang tertentu sahaja cerdik rakyat pun cerdik jadi kita beri peluang kepada rakyat”.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, pola pengundian pada PRN kali ini juga mungkin ada perubahan untuk memperkemaskan pentadbiran.

“Semasa PRU15, semua orang berlumba-lumba membentuk kerajaan Persekutuan tetapi kini kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih utuh, tidak kira apa yang berlaku (dalam pilihan raya negeri) kerajaan Persekutuan kekal.

Jadi, rakyat sedar keperluan untuk mengharmonikan kerajaan negeri dan Persekutuan. Ini mungkin satu pertimbangan yang akan diambil kira oleh pengundi pada pilihan raya negeri,” katanya

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...