AMCOVID-19 @ My LNA

COVID- 19 : ISM terima pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling untuk dikuarantin – Rina Harun

114

Putrajaya 23 Mac 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun memaklumkan bahawa Institut Sosial Malaysia (ISM) telah bersedia untuk menerima kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang terdiri daripada para pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling hari ini.

Sumber Foto : Facebook Rasmi KPWKM

Jelas Rina di dalam satu kenyataan media hari ini, ISM yang merupakan sebuah Institut Latihan Awam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diwartakan pada 21 Mac 2020 sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi operasi menangani wabak Covid-19.

“Semenjak itu, persiapan telah dimulakan untuk menerima kumpulan pertama pelajar yang meliputi aspek penyediaan tempat tinggal, keperluan makan minum, keselamatan, mekanisme saringan dan penetapan petugas dari pelbagai agensi.

Pada hari ini, ISM telah siap sedia untuk menerima kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang terdiri daripada para pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling. Kumpulan ini yang melibatkan pelajar berumur di antara 15 hingga 30 tahun telah melalui proses saringan (screening) awal dan perlu diasingkan serta dipantau tahap kesihatan mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kumpulan pertama pelajar ini dijangka tiba pada tengah hari ini. ” kata Rina.

Menurut Rina lagi, seramai 80 orang petugas daripada pelbagai agensi telah dikenal pasti untuk ditempatkan di stesen ini termasuk 25 orang petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ISM.

“Mereka akan ditugaskan secara bergilir mengikut jadual bersama-sama dengan para petugas lain daripada APM, KKM, PDRM, PGA, Bomba, RELA dan RADICARE. ” terang Rina.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...