AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPertahanan @ My LNAUTAMAWanita @ My LNA

ZULINDA WANITA PERTAMA DILANTIK SEBAGAI LAKSAMANA PERTAMA MARITIM

714

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah sejak penubuhannya apabila seorang pegawai kanan iaitu Kepten Maritim Zulinda Haji Ramly menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim di sini hari ini.

Zulinda, 46, merupakan antara 9 orang pegawai Maritim Malaysia yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas yang melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air dan juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19.

Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ditukar lantik ke dalam Maritim Malaysia pada 15 Oktober 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998.

Selain Zulinda, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah menerima kenaikan pangkat daripada Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim dan
ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Di samping itu, Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Shahajam juga dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim serta Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim.

Senarai berikutnya, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun daripada Kepten Maritim dan akan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Laksamana
Pertama Maritim Abd Razak Mohamed daripada Kepten Maritim bakal ditempatkan menerajui Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan sebagai Pengarah Maritim Negeri.

Manakala tiga lagi merupakan pegawai Penerbang Maritim yang telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...