AMBM @ MY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

393

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa Datuk Haji Rodzi Md Saad telah dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Yusof Ismail.

Menurut MAMPU, Rodzi yang berumur 59 tahun berkelulusan di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Tambah MAMPU beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, sejak 15 Julai 2021.

Pada masa yang sama MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada MAMPU.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...