PUTRAJAYA, 29 Mei 2023 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa peruntukan RM 20 juta bagi pembangunan satu litar di setiap negeri yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Seri Ismail Sabri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan.
Menurut KBS dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Justeru bajet tersebut yang diumumkan dalam Bajet 2023 tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan.
“Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri.
KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat untuk anak muda. Namun begitu, keselamatan pelumba, penonton dan semua yang terlibat perlu diberi keutamaan.
KBS sentiasa proaktif dan mencari kaedah-kaedah lain bagi memastikan sukan permotoran ini dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan ketika ini menghalang usaha pembinaan baharu litar-litar permotoran khasnya litar drag.” kata KBS.
Antara usaha yang dilakukan adalah melalui projek menaiktaraf serta memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa serta Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan.
Tambah KBS, pihaknya turut bekerjasama dengan Persatuan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk Sukan Permotoran dalam memastikan operator serta penganjur sukan permotoran ini dapat melaksanakan program atau aktiviti mereka di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar-litar kekal yang telah disahkan (homologate) serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara.
“KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM juga sedang giat membangunkan Garis Panduan Sukan Bermotor yang mana akan memberikan panduan mengenai sukan bermotor terutamanya melibatkan
penganjuran acara termasuklah perlumbaan drag. Usaha yang digerakkan ini dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan.
Program MalaysiaActive@Motorsports yang akan diadakan di seluruh negara melibatkan pengisian aktiviti seperti perlumbaan, bengkel sukan permotoran, Kelas Latihan Asas Sukan (KLASS) Permotoran, Kursus Akreditasi dan Pentauliahan serta melalui program RAKAN MUDA yang akan diberi nafas baru tidak lama lagi. Segala usaha ini diharap dapat merancakkan lagi pemerkasaan pembangunan sukan bermotor di Malaysia dan memberi manfaat kepada belia-belia di Malaysia” ujar KBS.
- Dr. Nalinee Paiboon of Giffarine Receives Outstanding Leader Recognition at ACES Awards 2024
- WalkingPad.com Black Friday Sale Unveils Record-Breaking Deals
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
Leave a comment