AM

Warkah dari YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

323

السلام عليكم

  1. Ada yg hantar mesej peribadi mendoakan saya. Saya ucapkan terimakasih atas ingatan.
  2. Dinamika politik di dunia yang serba tidak ketentuan adalah hakikat yang perlu diurus bukan disalahkan.
    Kami dari PH terlantik atas mandat rakyat. Sepanjang 2 tahun tiada henti fitnah dan pembohongan bernuansa kaum dan agama sempit dimainkan.
  3. Anggota post-cab mengenali saya melalui sikap dan keputusan pentadbiran yang dibuat. Tiada kompromi pada budaya ketaksuban dan kejumudan dlm pimpinan saya termasuk kipas mengipas.
  4. Saya hanya menuntut dasar RLA difahami sebagai ikatan anda dengan kepimpinan saya. Ada yg terkilan dengan keputusan saya tp ia bukan kerana peribadi. Saya tak pernah ambil hati kpd sesiapa atau niat menyakitkan hati sesiapa.
  5. Hanya saya terkilan, dasar RLA belum masak sepenuhnya untuk dimenfaati oleh rakyat Malaysia. Saya hanya berkecil hati jika sesuatu yang baik tak dapat saya penuhi.
  6. Dari sudut politik, ia belum berakhir kerana kegagalan kudita hari Ahad sepatutnya membawa perompak mandat rakyat hari Isnin kelmarin sbg kerajaan kononnya. Alhamdulilah kami terus akan menyelamatkan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya ingin ingatkan alam ketidak tentuan boleh jado macam-macam tetapi kami sedang menguruskannya.
  7. Orang bertanya saya: tak sedih ka? Saya jawab kenapa perlu bersedih di hadapan perompak mandat rakyat, saya perlu beri jaminan dengan tenang kepada rakyat: “kami bersama mandat rakyat dan rakyat perlu tolak golongan pintu belakang!”
  8. Teringat sifu politik saya memetik kata-kata semangat dari seseorang: “Jangan salahkan musuh kerana menjatuhkan kamu kerana itu kerja mereka, salahkan diri sendiri kenapa anda tidak bangun dan bangkit!”
  9. Pentadbiran Islam perlu terus kekal dinamik dan progresif kerana itu adalah tuntutan syariat kita. Saya hanya membekalkan alat pentadbiran semata-mata. Terimakasih sekali lagi kerana bersama menjayakan. Pencapaian tidak boleh dipadam walaupun ada yang tidak menyukainya.
  10. Saya menulis pada anggota post-cab hanya kerana arahan YDPA melalui KSN bahawa jawatan Menteri dan Timbalan sudah dibatalkan dalam masa interim ini, bukan kerana sedih jauh sekali merayu. Saya hanya merayu kepada Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

..فصبر جميل والله مستعان على ما تصفون….

Saya yang telah menjalankan tugas,

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

(25 Feb 2020)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...