AMKenyataan MediaPolitik @ My LNA

ABIM Tolak Pengkhianatan Terhadap Mandat Rakyat

160

24 Februari 2020/ 29 Jamadilakhir 1441H

Gambar fail

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengikuti secara rapat perkembangan terbaharu berkenaan ura-ura pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui gabungan baharu parti-parti politik tertentu yang dilakukan secara “pintu-belakang”.

ABIM melihat ia sebagai pengkhianatan kepada aspirasi rakyat yang mahukan perubahan, apabila pemimpin kleptokrat yang ditumbangkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, telah kini direncanakan kembali untuk meneraju kerajaan tanpa “mandat rakyat” yang sah.

Usia Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baharu pasca-PRU14 belum lagi mencecah dua tahun dan inisiatif perubahan ke arah kebaikan serta penambahbaikan terhadap tadbir urus (governance), ketelusan, integriti, serta penyeimbangan dan penurunan kuasa eksekutif yang masih belum berada pada tahap memuaskan, telah disabotaj oleh pihak berkepentingan yang jelas menolak perubahan kepada sistem yang lebih telus dan baik.

Apa yang berlaku pasti akan menjadi sejarah hitam kepada sejarah politik negara, apabila hasrat rakyat yang mahukan perubahan telah disia-siakan oleh Perdana Menteri sendiri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lebih menyedihkan, rakyat mengharapkan tidak timbul sebarang langkah “politicking” selepas berakhirnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat lalu. Rakyat mahukan kerajaan kini memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negara dan reformasi institusi di samping memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi secara holistik.

Namun, tanpa sebarang sebab yang kukuh, langkah “politicking” seperti yang dipamerkan oleh para politikus Malaysia semalam adalah suatu yang jelas tidak bermoral dan melanggar konsensus nasional.

Jika perancangan “pintu-belakang” ini berlaku, pastinya akan berlaku konflik berterusan yang menyebabkan kondisi sosio-politik negara terus terumbang-ambing dan tidak stabil. Malah, negara juga semakin bergoncang jika rejim kleptokrat diangkat semula, seterusnya menjauhkan lagi para pelabur daripada kerajaan yang tidak dipercayai.

Selain itu, dengan terhormat, ABIM menggesa bahawa adalah lebih baik Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menangguhkan sebarang usaha “pintu-belakang” sehingga 09 Mac 2020, iaitu apabila sidang parlimen bermula.

Dalam perkembangan sama, ABIM berpandangan supaya Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyerahkan kepada Parlimen untuk menentukan sekiranya berlaku sebarang perubahan kepemimpinan negara.

Penentuan menerusi sidang Parlimen ini adalah penting untuk memastikan penubuhan sebarang kerajaan baharu (sekiranya bakal berlaku) dilihat telus dan demokratik apabila ia diputuskan dalam platform rasmi yang dimandat oleh rakyat.

Ia juga penting bagi menjarakkan Istana dari pergelutan politik ekoran dari permainan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuntasnya, ABIM berpendirian sebagai mewakili masyarakat terbanyak di Malaysia, bahawa rakyat tidak memerlukan langkah “politicking” pintu-belakang ini. Tiada sebarang alasan untuk perkara ini bermula. Lebih malang lagi, sekiranya ia disandarkan sentimen bangsa dan agama yang dimainkan, pastinya akan memburukkan keadaan. Justeru, kami juga menyeru rakyat supaya tidak termakan umpan makhluk politik berkepentingan yang akan menjerumuskan negara ke gaung kehancuran.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...