Pendidikan @ My LNA

PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH DI TAPAK BAHARU SJKT CHANGLUN, KEDAH TELAH MENDAPAT CCC

181
Sumber : Facebook SJKT Changlun Kedah

PUTRAJAYA 24 Mei 2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Changlun, Kedah telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Menurut KPM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, projek tersebut telah tertangguh hampir dua tahun. Akhirnya pada 22hb Mei yang lepas projek tersebut telah telah berjaya mendapat CCC daripada Majlis Daerah Kubang Pasu.

” KPM di bawah kerajaan baharu ingin menegaskan bahawa komitmen Kementerian terhadap kemajuan sekolah-sekolah Tamil akan berterusan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB R. Summugam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Kedah atas segala bantuan yang telah dihulurkan untuk membantu KPM menyelesaikan masalah pembinaan sekolah ini. ” jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di dalam kenyataan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, KPM berharap persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baharu ini akan menyuntik semangat dalam kalangan guru dan murid. ” ujar beliau di akhir kenyataan media tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...