BM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pelajar OKU Kolej Komuniti Menempa Nama di Pertandingan Antarabangsa

495
Naufal ketika menerima-pingat di Metz France

Batu Caves, 29 Mac 2023 – Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni, 23, alumni Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah menempa nama di persada antarabangsa apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi kategori ‘Restaurant Services’ dan dianugerahkan ‘Medallion of Excellence for Malaysia Team’ dalam Pertandingan Abilimpik Peringkat Antarabangsa ke-10 tahun 2023 di Perancis pada 23 Mac hingga 26 Mac 2023 yang lepas.

Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni yang lebih mesra dikenali sebagai Naufal telah menjalani latihan intensif daripada tahun 2019 bagi memastikan beliau bersedia dalam pertandingan yang berprestij ini. Naufal merupakan alumni Sijil Asas Kulinari KKSY kategori golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran. Kejayaan Naufal bermula pada 2018 apabila menyertai Pertandingan Abilimpik Peringkat Kebangsaan dan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut bagi bidang yang sama. Kejayaan itu memberi peluang kepada Naufal untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa ini.

“Kejayaan saya ini adalah hasil daripada sokongan dan komitmen yang tinggi daripada keluarga, pensyarah, Puan Fazlilawati binti Mohd Fadzil dan rakan-rakan sekeliling. Tanpa dorongan mereka, tidak mungkin saya akan berada disini mencapai kejayaan dan menempa nama di persada antarabangsa,” katanya saat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.

“Kolej Komuniti Selayang telah banyak membantu saya meningkatkan kemahiran dalam bidang kulinari, lebih-lebih lagi “Restaurant Services”. Walaupun saya mengambil Sijil Asas Kulinari, tetapi itu tidak menghalang saya untuk mempelajari selok belok industri hospitaliti yang lain”, tambahnya lagi.

Komitmen tinggi daripada Puan Fazlilawati Fadzil dalam memberikan peluang latihan intensif dengan pakar negara industri “Restaurant Services”, En Mohd Jeffri, adalah batu loncatan buat beliau untuk pertandingan ini dan ingin mendapatkan kemenangan meskipun gentar untuk bertanding dengan pelbagai peringkat peserta dari pelbagai negara.

Beliau juga menyatakan bahawa OKU bukan penghalang untuk mengejar impian dan setiap individu perlu sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang datang serta mengejar impian untuk meningkatkan peluang golongan OKU dalam menambah baik kehidupan di masa hadapan.

 Selain Naufal, dua (2) pelajar dari Politeknik turut meraih kemenangan dengan pingat perak bagi kategori ‘Painting and Waste Art’ oleh Nur Amiratul Farahin Ab Rahman, 23, alumni Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan pingat gangsa kategori ‘Cake Decoration’ oleh Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan, 27, dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). 

Penyertaan dalam pertandingan kemahiran ini memberi impak dan manfaat besar kepada pelajar dan juga Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) yang mana ia dapat mengiktiraf tahap kemahiran pelajar serta menanda aras tahap kemahiran pelajar PolyCC.

Pertandingan ini melibatkan sebanyak 410 orang peserta dari 22 negara dan 45 kategori dipertandingkan dan seramai 16 peserta OKU termasuk enam (6) dari Politeknik dan Kolej Komuniti dari pelbagai bidang kemahiran telah mewakili negara ke pertandingan tersebut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...