GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak Selangor.
Selain merapatkan jalinan ukhwah di antara pihak Kementerian dengan masyarakat, majlis ini juga menyantuni komuniti setempat dengan penyerahan sumbangan hamper Ramadan kepada 40 orang penerima masyarakat Orang Asli dan sumbangan bakul makanan kepada 30 penerima .
Menambah berkat di bulan mulia ini juga, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan duit raya kepada 45 orang anak yatim dan sumbangan wang saku kepada 15 orang pelajar MARA.
Bagi membantu menjana pendapatan penduduk setempat di musim perayaan ini, KKDW turut menyerahkan peralatan kepada 10 peserta `Quick Win’ KEMAS dalam bidang masakan dan 10 peserta lagi dalam bidang jahitan. Turut diserahkan replika cek untuk Program Tuisyen Rakyat dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar setempat.
Majlis Santunan Kasih KKDW berikutnya di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah/Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan dan berakhir di Sarawak.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment