PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk Seri Mohamad bin Sabuakan mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Republik Indonesia bagi lawatan kerja selama 3 hari
bermula 17 hingga 20 Mac 2023.
Menurut KPKM, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang digunapakai Indonesia dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi.
“Lawatan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 KPKM untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.
YB Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Bapak Harvick Hasnul Qolbi, Wakil Menteri Pertanian Republik Indonesia pada 20 Mac 2023 bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk ekonomi, pelaburan dan teknikal.
Turut dijadualkan, lawatan ke Pusat Penelitian Pengembangan dan Penerapan Bioteknologi di Serang, Banten bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan industri padi Indonesia.” kata KPKM dalam satu kenyataan semalam.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment