BM @ MY LNAEkonomi @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerajaan tidak berikan subsidi kepada telur ayam import

242

PUTRAJAYA 13 Mac 2023 – Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (MAFS) memaklumkan bahawa kelulusan khas sementara telah diberikan kepada syarikat J&E Advance Tech Sdn. Bhd. untuk mengimport dari India sebagai langkah sementara untuk mencukupkan kekurangan bekalan telur dalam negara yang agak meruncing sejak bulan Oktober 2022. Kebenaran tersebut turut diberi kepada syarikat pengeksport telur di India yang mempunyai kapasiti pembekalan dan juga sedang membekalkan telur ke Qatar ketika Piala Dunia 2022. Kelulusan khas sementara tersebut adalah sehingga 30 Jun tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MAFS turut menjelaskan bahawa bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih dan bebas daripada segala penyakit, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk negara ini secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Hanya telur ayam yang lepas ujian HTR sahaja yang dibenarkan
masuk ke negara ini.

Kata MAFS, setakat ini tiada telur ayam yang diimport yang gagal ujian itu.

Tambah MAFS, Kerajaan Malaysia tidak ada memberikan subsidi kepada telur ayam import seperti mana yang dinikmati pengeluar telur ayam tempatan. Sebarang perbelanjaan dan risiko untuk mengimport telur ayam ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengimport dan tiada dana awam yang digunakan. Kebenaran mengimport telur ayam boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila bekalan telur dalam negara telah pulih dan stabil.

Berdasarkan rekod DVS, sejak Januari 2023 usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi kekurangan bekalan telur ayam dalam negara telah mula menunjukkan perkembangan yang positif seperti dalam jadual berikut:

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...