AM

Pasukan Projek LMS TLDM bebas daripada Koronavirus

135

KUALA LUMPUR 30 Januari 2020 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada hari ini memaklumkan bahawa Pasukan Projek LMS TLDM (PPLMS TLDM) yang ditubuhkan sejak 8 Jul 2017 yang dihantar ke Wuhan, China bagi memantau kemajuan projek pembinaan Kapal Misi Pesisir (LMS) adalah bebas daripada Kononavirus.

“Sebagaimana sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah menandatangani Kontrak Perolehan 4 buah LMS dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 melibatkan kesemua 4 buah kapal dibina di Wuhan, China.

Bagi tujuan pemantauan projek pembinaan kapal di Wuhan, TLDM telah menubuhkan Pasukan Projek LMS TLDM (PPLMS TLDM) sejak 8 Jul 2017 yang dianggotai seramai 12 orang terdiri daripada Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat. Di samping itu, TLDM juga telah menghantar 45 orang Bakal Warga Kapal LMS Kedua (SUNDANG) sejak 5 Nov 2019 ke Qidong, Shanghai bagi mengikuti latihan penyesuaian dan seterusnya membawa pulang SUNDANG ke Malaysia pada pertengahan April 2020. Justeru, jumlah warga TLDM yang terlibat secara terus dengan projek ini adalah seramai 57 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42 orang telah pulang ke Malaysia susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina sejak 17 Jan 20 manakala baki 15 orang lagi masih berada di Qidong, Shanghai. TLDM sentiasa berhubung dengan warga dan memantau perkembangan terkini di China. Sehingga kini, tiada sebarang kes jangkitan Koronavirus (2019-nCoV) yang melibatkan warga TLDM. Walau bagaimanapun sebagai langkah keselamatan TLDM sedang menguruskan pergerakan pulang 15 anggota ini ke Malaysia dalam masa terdekat.” kata TLDM di dalam kenyataan media hari ini.

Tambah TLDM pemantauan rapi sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pihak mereka amat prihatin terhadap kebajikan warga khususnya dari segi aspek kesihatan.

Untuk makluman, projek pembinaan LMS dijalankan secara usaha sama dengan China dan pembelian LMS menjadi sejarah penting dalam aspek pertahanan negara apabila Malaysia membuat perolehan aset pertahanan dari China buat kali pertama. Kapal itu direka khas untuk operasi mencari dan menyelamat, penguatkuasaan dan kawalan keselamatan maritim selain berupaya menjalankan misi risikan serta pengumpulan maklumat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...