BM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bersama Industri 2023

296

ARAU, 10 Mac 2023 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik bersama Industri 2023 disini, semalam. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sebanyak lapan (8) Sijil Kolaborasi Strategik telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Abdul Malek bin Hassan, Pengarah PTSS bertempat di Dewan Bakuet, Pauh Inn Educational and Training Centre, disini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj Muhadzir Mohd Isa, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Industri, PTSS serta wakilwakil industri yang terlibat antaranya ialah Mr. Masatoshi Tachikawa, Managing Director, Tokyo Athletic Club Co., Ltd. (TAC), YBhg. Dato’ Sri Subahan Kamal, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), YBhg. Dato’ Mohd Fakhruddin Md Noor, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Digital Kebangsaan (NEDMA), Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Encik Anuar bin Abidin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP), Tc. Sharif Zulkepele bin Sharif Harun, Pengarah Urusan Infra Minda Global Sdn. Bhd., Puan Sharifah Azlinda Syed Md Zaki Complex Assistant Director of Human Resources, The St. Regis Langkawi (Integrated Nautical Resort Sdn Bhd) serta Encik Azhar bin Mohammad General Manager (GM) Seri Pacific Hotel.

Majlis yang dianjurkan oleh Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) PTSS bertujuan membantu politeknik khususnya PTSS memelihara hubungan baik antara masyarakat, badan-badan perniagaan, industri, pertubuhan profesional dan pusat pengajian tinggi dengan membawa perhatian mereka mengenai kursus-kursus dan kualiti graduan politeknik. Disamping itu, politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) juga telah menjalinkan kolaborasi melebihi 15,000 buah industri.

POLYCC yang merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi berteraskan TVET dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai sebanyak 36 buah politeknik dan 105 buah kolej komuniti di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 98,045 berstatus aktif atau sedang mengikuti pengajian. POLYCC turut menjadi penyumbang terbesar kepada tenaga kerja teknikal di Malaysia dengan mencatatkan sebanyak 40 peratus.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...