AM

Sebanyak 10,000 lampu jenis LED akan dipasang di jalan-jalan kampung – KPLB

143
Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri RIna Mohd Harun dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim YB Puan Yeo Bee Yin di majlis Gimik Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis LED di Kampung Rinching Hilir, Semenyih. Turut hadirTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Sivarasa Rasiah dan para VVIP.

Hulu Langat 19 Ogos 2019 – Selaras dengan komitmen bagi mencapai penjimatan penggunaan tenaga sebanyak 8% menjelang tahun 2025, Kerajaan telah memperuntukkan pemasangan 10,000 buah lampu jimat tenaga jenis LED (light emitting diode) bermula dari tahun ini dan tahun hadapan melalui inisiatif Incentive Based Regulation (IBR).

Lampu jenis LED tersebut akan dipasang secara berperingkat melalui syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di jalan-jalan kampung di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana di bawah program ini Lampu Jalan Kampung (LJK) sedia ada jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) akan digantikan dengan lampu LED.

Menurut KPLB di dalam kenyataan akhbar pada hari ini, skop projek bagi program ini adalah membekal dan memasang set lampu di tiang sedia, di kawasan-kawasan umum serta di hadapan bangunan awam seperti balai raya, surau, rumah ibadat serta di persimpangan-persimpangan jalan

“Penggunaan lampu jenis LED yang lebih terang dan cerah ini juga diharap dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan rakyat yang menggunakan jalan-jalan kampung khususnya dari aspek mengurangkan kadar jenayah dan kemalangan jalan raya, selain dapat membantu menjana aktiviti ekonomi komuniti kampung.

Pencahayaan yang baik adalah amat penting bagi menjamin kesejahteraan penduduk setempat selain dapat meningkatkan produktiviti terutamanya bagi gerai-gerai serta perniagaan kecil yang beroperasi sehingga waktu malam.” jelas KPLB lagi.

Penggunaan lampu LED ini juga di[ercayai dapat menjimatkan penggunaan elektrik selaras dengan komitment Kerajaan untuk menjimatkan sebanyak 8% penggunaan elektrik negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...