AMBM @ MY LNAUTAMA

Abang Johari menyeru rakyat Sarawak sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir

239
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menandatangani buku pelawat sejurus ketibaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa. Foto oleh: Chua Shim Choon & Lance Dunstan (BKVS)

KUCHING, 2 Mac 2023 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru rakyat Sarawak agar sentiasa berwaspada dengan kemungkinan banjir yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sehingga 15 Mac nanti.

Katanya, di (kawasan) Batu Kawa ada sedikit pengurangan (terjejas banjir) dan tidak seperti pada tahun-tahun yang lepas dengan adanya benteng di Kampung Rantau Panjang.

“Saya rasa selepas benteng ini siap, kita dapat mempertahankan kampung-kampung daripada banjir kilat,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada dan akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir di negara tersebut.

“Belanda merupakan sebuah negara yang berada di bawah paras laut dan mempunyai sistem yang baik dan mungkin boleh kita gunakan di Sarawak.

“Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian telah mengetuai misi melaksanakan kajian tersebut di Belanda baru-baru ini dan kita akan laksanakan sistem baharu ini secara berperingkat bermula di Kuching terlebih dahulu, kemudian ke bahagian seterusnya yang berisiko banjir,” jelas beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...