AMBM @ MY LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

Rangkul Pingat Gangsa Aiga 2022, Bukti Maritim Malaysia Serius Tangani Isu Integriti

166

PUTRAJAYA, 24 Februari 2023 – Usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memastikan seluruh warganya berintegriti membuahkan hasil apabila telah menerima pengiktirafan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu dengan merangkul pingat gangsa bagi Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) tahun 2022 baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, anugerah yang diterima ini bukti Maritim Malaysia komited dan sentiasa memandang serius mengenai isu integriti para pegawai dan anggota khususnya mereka yang berada di lapangan.

Beliau menambah, pengiktirafan yang diterima ini mencerminkan usaha yang dilaksanakan Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran risiko ketirisan, isu-isu governans dan integriti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Datuk Mohd Zubil turut berkata, tidak dinafikan dalam usaha menjadikan Maritim Malaysia berintegriti, terdapat kes-kes terpencil yang telah mencalarkan nama baik agensi ini. Namun ia tidak melemahkan Maritim Malaysia untuk sentiasa memastikan para pegawai dan anggota meletakkan integriti sebagai kepentingan utama ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Beliau menegaskan, pada tahun ini Maritim Malaysia akan melipatgandakan usaha bagi memastikan kadar isu integriti dan tatatertib dalam kalangan warga Maritim Malaysia diturunkan. Untuk itu beliau memaklumkan Maritim Malaysia akan melaksanakan Pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS) dalam memastikan semua warga agensi ini mematuhi dan melaksanakan kreteria integriti ketika melaksanakan tugas masing-masing.

AIGA yang julung kali diadakan IIM ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada institusi sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti serta tadbir urus terbaik menerusi inisiatif anti rasuah dalam organisasi.

Penyertaan anugerah pada kali ini telah melibatkan 115 organisasi terdiri daripada agensi kerajaan, Syarikat Multinasional (MNC), Syarikat Awam Berhad (PLC) Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...