AMBM @ MY LNAPertanian @ My LNA

Singapura Dan Malaysia Komited Berkongsi Kepakaran Dalam Bidang Pertanian Moden

213

KUALA LUMPUR, 17 Februati 2023 – Kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian adalah antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada Rabu, 16 Februari 2023.

Pertemuan ini adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan. Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura.

Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia. Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dan
kepakarannya dalam bidang pertanian pintar.

Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia. Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Singapura adalah berjumlah RM15.99 bilion.

Kedua-dua negara bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber bekalan makanan yang mampan dan berterusan.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...