5 Februari 2023 – Berikutan kejadian di mana seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke balai polis Kajang kerana dinyatakan bahawa beliau tidak berpakaian sopan, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman menyeru kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjalankan tugas mereka tanpa prejudis, tanpa sifat seksis terhadap wanita dan tanpa menilai seseorang melalui pemakaian mereka.
Kata Young Syefura dalam satu kenyataan semalam, rata-rata yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis adalah rakyat yang memerlukan bantuan.
“Pakaian yang dipakai dan penampilan mereka sepatutnya tidak menjadi isu. Polis Diraja Malaysia perlu melatih anggota dan pegawai mereka untuk bersedia menerima kehadiran rakyat waima pakaian dan penampilan mereka.
Rakyat tidak hadir ke balai polis jika tiada sesuatu yang mendesak. Prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan” yang disebut oleh Ketua Polis Negara sepatutnya perlu dipraktikkan juga oleh anggota dan pegawai polis yang menerima laporan dengan professional, sentiasa tenang dan sedia berkhidmat untuk rakyat termasuklah menerima laporan daripada rakyat yang terdesak tidak kira apa jua penampilan mereka pada ketika itu.
Double standart dan sikap seksis tidak perlu ada pada anggota dan pegawai polis.” katanya.
Beliau berharap agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Katanya semua rakyat perlu diberikan akses untuk masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis tanpa perlu dihakimi penampilan mereka.
“Tugas Polis Diraja Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan, bukan menjadi polis moral kepada rakyat.” tegas Young Syefura.
- Planetarium Labs Unveils Season 2 of Immortal Rising 2: Path of Ascension Campaign with Enhanced Competitive Gameplay
- AIM Vaccine has obtained clinical approval for two heavyweight products, creating new growth points for performance
- Ministry of Commerce partners with renowned chef Wolfgang Puck to elevate Thai SELECT’s global recognition
- Shopee Rai Lokal Strengthens Local Communities, Drives Digital Economy
- Jockey Club Multiple Pathways Initiative – CLAP-TECH Pathway Reveals Latest Talent Survey Results in Information and Communications Technology and Creative Media Industries
Leave a comment