AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Julau Life Care Society berjaya kutip 36 beg darah

187
Para penderma darah merakam gambar kenangan bersama-sama dengan pengerusi, Ngieng Sii Ping. Foto: Chong Fei Foo (JaPen Julau)

Berita Oleh Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (JaPen Julau)

JULAU, 5 Februari – Kempen menderma darah Daerah Julau anjuran Julau Life Care Society berjaya mengutip 36 beg darah dan mendaftarkan seramai 36 orang penderma dalam kempen menderma darah yang diadakan di Market MDMJ Julau, pagi semalam.

Julau Life Care Society telah bermula pada tahun 2006 beroperasi di lapan lokasi lain di beberapa buah tempat seperti di Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit.

Para petugas kesihatan sedang memeriksa penderma darah. Foto: Chong Fei Foo (JaPen Julau)

Menurut pengerusinya, Ngieng Sii Ping, program tersebut telah berlangsung seawal jam 9 pagi hingga 12.20 tengah hari.

Sii Ping memberitahu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.

Beliau turut menyeru semua generasi agar tidak takut menderma darah bagi melindungi diri sendiri dan juga orang lain.

“Jangan takut derma darah kerana anda mungkin penyelamat nyawa orang lain,” katanya ketika ditemui.

Dalam kempen yang sama, Dr. Christopher Wong Ha Kai dari Hospital Sarikei turut memberikan penjelasan mengenai kriteria bagi penderma untuk menderma darah.

“Kriteria bagi penderma darah hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan bagi yang berumur 17 tahun, perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

“Berat badan mestilah 45kg ke atas dan mempunyai tidur sekurang-kurangnya lima jam sebelum menderma darah, selain kondisi penderma mestilah sihat.”

Tambah beliau, bagi penderma yang baru kali pertama menderma mungkin akan mengalami perasaan takut, tetapi mereka mempunyai kaedah sendiri bagi mengurangkan ketakutan tersebut.

“Selain itu, menderma darah dapat mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata penderma yang hadir bersyukur dan teruja untuk menderma darah buat kali pertama. Antara penderma paling termuda yang ditemui, Bonny Kilat yang berusia 23 tahun dan ia merupakan kali pertama beliau menderma darah.

“Setelah saya menyedari bahawa menderma darah adalah satu prosedur yang cepat dan tidak menyakitkan, ia membuatkan saya rasa teruja untuk membantu mereka yang memerlukan darah,” ujarnya.

Manakala bagi penderma yang sudah menderma darah sebanyak 58 kali, Fabian Juna menyatakan menderma darah secara sukarela adalah amalan kemanusiaan yang amat mulia dan boleh menyelamatkan nyawa ribuan manusia setiap hari selain mencegah diri dari sebarang penyakit.

Dalam perkembangan sama, kempen derma darah anjuran Julau Life Care Society itu akan kembali lagi dilaksanakan pada bulan Jun 2023 ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...