AMBM @ MY LNAUTAMA

SABERKAS bantu tingkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi

278
Dato Seri Alexander Nanta Linggi menyampaikan cendera kenangan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang menyempurnakan Program Siri Jelajah Lawatan dan ‘Outreach’ Suku Kedua SABERKAS di Kapit. Kredit Foto Daniel Jong (JaPen Kapit)

Berita Oleh: Mohd Saufi Omar (JaPen Kapit)

KAPIT, 5 Februari 2023 – Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam sempena Program Siri Jelajah Lawatan dan ‘Outreach’ Suku Kedua SABERKAS di Kapit.

Dato Seri Alexander Nanta Linggi semasa memberikan ucapan. Foto Oleh : Daniel Jong (JaPen Kapit)

“Ekonomi merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah negara dan wanita memainkan peranan yang penting dalam aktiviti ekonomi negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif,” ujarnya lagi.

Beliau turut menekankan, wanita bukan lagi hanya pendukung dan penyokong kepada keputusan yang diambil oleh kaum lelaki, namun wanita juga boleh terlibat dalam membuat keputusan dasar dalam pelbagai bidang sejajar dengan arus globalisasi masakini.

Nanta juga mengucapkan syabas kepada 150 orang peserta program yang terdiri daripada ahli Wanita SABERKAS Cawangan Pelagus, Katibas, Bukit Gotam dan Baleh, ahli PEMADAM, Wanita GPS, ahli Wanita Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) kerana telah berjaya mengikuti program hari ini yang telah mendedahkan mereka kepada aktiviti keusahawanan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...