3 JANUARI 2023 – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, pelaksanaan itu bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara.
Katanya, objektif survelan itu bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan, memberi gambaran tren kepekatan virus SARS-CoV-2 dan mengenalpasti varian SARS-CoV-2 yang terdapat dalam komuniti serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID-19 secara amnya.
“Ia melibatkan sampel dari dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta lima belas lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di Malaysia.
Bagi lokasi sentinel di setiap negeri, sampel air kumbahan diambil dari loji rawatan kumbahan terpilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkenaan. Sebanyak dua (2) atau tiga (3) sampel diambil dari setiap lokasi sentinel setiap bulan mengikut keperluan. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi proses pengujian.
Bagi sampel dari PMA pula, penilaian risiko dijalankan secara berterusan bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko. Hasil penilaian ini, kesemua penerbangan dari negara yang dikenalpasti kemudiannya diteliti dengan lebih lanjut oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA. Secara amnya semua air kumbahan kapal terbang akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF) dan proses ini diselaraskan oleh pihak Airport Ground Handler.” kata Dr. Noor Hisham Abdullah.
Jelas beliau, setelah penerbangan yang disasarkan dikenalpasti, proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh PK KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke AWDF. Sampel-sampel itu kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian. Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu.
“Bagi survelan air kumbahan dari pesawat ini, sebanyak 1 liter sampel air kumbahan diambil dari pesawat terpilih dan dihantar ke MKAK. Sampel air kumbahan yang telah dikumpul dan diterima di makmal akan dijalankan proses konsentrasi virus diikuti proses pengekstrakan RNA virus SARS-CoV-2. Seterusnya, proses amplifikasi dan pengesanan virus akan dilakukan menggunakan kaedah Realtime RT-PCR menggunakan kit khas bagi sampel air kumbahan. Bagi sampel positif dengan nilai CT ≤ 30, ujian penjujukan genom penuh akan dilakukan bagi mengesan varian, sublineage, dan mutasi bagi virus berkenaan. Keputusan ujian seterusnya dikongsikan dengan Pegawai Epidemiologi bagi analisis dan pengumpulan data terperinci untuk melihat tren sebagai survelan berterusan dan proses intervensi.
Sehingga 31 Disember 2022, MKAK telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel. Bagi 29 sampel dari PMA ini, hasil pengujian MKAK menunjukkan 28 sampel (96.5%) mempunyai kehadiran SARS-CoV-2 dengan varian Omicron dan satu (1) masih dalam proses pengujian. Daripada 28 sampel ini, lima belas (15) daripadanya iaitu 53.6% telah lengkap ujian WGS dan didapati sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75, dan BA.2.12. Manakala bagi 301 sampel lokasi sentinel, 288 (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARS-CoV-2, tiga (3) tidak dikesan manakala sepuluh (10) masih dalam proses pengujian. Daripada 288 sampel positif Omicron ini, 32 (11.1 peratus) telah lengkap ujian WGS dengan sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75 dan BA.2.12.” kata Dr. Noor Hisham Abdullah.
Tambah beliau, seiring dengan keadaan semasa, survelan air kumbahan PMA ini akan turut melibatkan sampel dari negara China.
“Ini akan membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa ini.” ujarnya.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment