AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Orang ramai digesa dapatkan dos penggalak kedua, tidak perlu menunggu vaksin bivalen

82
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa. Jurufoto : Ridzuan Omar

2 JANUARI 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam (6) bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa berkata dalam satu kenyataan hari ini, vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

“KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat, terutamanya daripada golongan yang berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8% sahaja rakyat Malaysia yang telah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9% sahaja yang telah mengambil vaksin dos penggalak kedua.

Disamping itu, saya ingin terus mengingatkan rakyat untuk terus menjaga kesihatan kendiri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu Elakkan 3S; Amalkan 3W dan Amalkan TRIIS.” kata Dr. Zaliha.

Berhubung dengan kenaikan kes COVID-19 di China serta sekatan yang telah dibuat oleh beberapa negara lain terhadap pengembara dari negara tersebut, Dr. Zaliha berkata KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19.

“Dengan pelanjutan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun 2023, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan. Ini termasuk mengubah dasar sedia ada terutama penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara (health border measures) serta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di mana-mana pintu masuk negara.

Ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari China bahkan yang tiba dari semua negara di dunia. KKM juga sentiasa bersiap siaga untuk meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

KKM sentiasa berhubung rapat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama pihak WHO, negara China serta rakan-rakan negara ASEAN. KKM juga sentiasa mengambil polisi berpandukan dan berasaskan sains serta data yang tepat. Berdasarkan laporan, pihak WHO telah mengadakan mesyuarat dengan pihak China bagi urusan perkongsian data terkini dan ia akan diteruskan bagi mengetahui secara terperinci maklumat, situasi dan pengurusan COVID-19 di negara tersebut.” ujar Dr. Zaliha.

Lagi Berita Kesihatan :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...