AMPolitik @ My LNA

Kes penahanan Adun Dengkil : Saya tidak akan campur tangan – Muhyiddin

83

PUTRAJAYA 13 Januari 2020 – Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan di dalam kes penahanan Adun Dengkil YB Adhif Syan bersama 16 individu lain yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.

“Susulan penahanan ini saya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.

Saya tidak akan campur tangan di dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang” kata Muhyiddin di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah beliau, individu yang dikatakan pegawai khas beliau yang turut ditahan adalah kakitangan di ibu pejabat parti PPBM bukannya bekerja sebagai pegawai khas beliau seperti yang dilaporkan.

Semalam media melaporkan bahawa pihak polis telah menahan Adhif bersama 16 individu lain atas kesalahan menggunakan dadah dan menganjurkan permainan judi di dalam sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad. Beberapa pihak yang dihubungi oleh pihak Life News Agency menyifatkan insiden ini bermotifkan politik dan ada kaitan dengan pemilihan parti PPBM yang akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...