AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam operasi SAR Batang Kali

106

25 DISEMBER 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dirakamkan buat seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus selama 9 hari dalam operasi SAR insiden tanah runtuh sekitar Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan turut berterimakasih kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini.

“Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak lagi.

Sungguhpun insiden Batang Kali ini dalam kategori Tahap I yang dikendalikan JPBD Hulu Selangor, namun bantuan dan kerjasama datang daripada pelbagai pihak di peringkat pusat dan negeri. Ini termasuk keprihatinan dan penglibatan langsung kepimpinan negara dan negeri.

Operasi mencari dan menyelamat telah selesai, kini fokus kita adalah untuk pengurusan pasca bencana termasuk penyaluran bantuan kepada para mangsa dan ahli keluarga terlibat. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan membantu penyaluran bantuan segera sebaik mendapat data dan maklumat daripada agensi yang bertanggungjawab iaitu JPBD.” kata Armizan.

Beliau turut mengucapkan takziah kesemua 92 orang mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

“Kita bersyukur kerana 61 mangsa telah berjaya diselamatkan dan amat berdukacita dengan kematian 31 Mangsa.

Sekalian rakyat Malaysia masih perlu terus bersiap siaga kerana kita masih belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut 2022/2023. Sentiasa peka kepada informasi dan amaran, serta perlu patuhi nasihat agensi berwajib demi
keselamatan bersama.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...