KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia
Malaysia (CFM) telah melancarkan skuad sukarelawan yang dikenali sebagai ‘CFM
Rangers’ bagi menjalankan program-program kesedaran dan juga mengumpulkan
maklumat berhubung isu komunikasi dan multimedia bersama komuniti tempatan
diseluruh Malaysia
Pengerusi CFM, En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, untuk pelancaran skuad
sukarelawan ‘CFM Rangers’ ini, terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia,
antaranya adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Kolej Universiti Agrosains Malaysia
(UCAM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECH) Shah Alam.
“Para pelajar IPTA dan IPTS adalah kumpulan besar yang berkait rapat dengan
komunikasi dan multimedia di mana pembelajaran kelas secara dalam talian,
penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat, kaedah berinteraksi sesama
rakan, untuk membuat pesanan makanan malahan juga menggunakan internet
sebagai platform untuk jualan dalam talian.” Jelasnya, perkembangan landskap dan evolusi komunikasi dan multimedia
sememangnya memberi kesan baik dan buruk kepada pengguna.
“Oleh yang demikian, program-program yang akan dijalankan oleh ‘CFM Rangers’ ini,
mereka dilihat sebagai inisiatif yang dapat menyokong dan memainkan peranan
dalam memberikan kesedaran kepada orang awam serta menyalurkan aduan
berkenaan dengan telekomunikasi dan multimedia. Mereka juga dapat membantu
pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian
Komunikasi Digital dalam memberikan saranan, bantuan dan pandangan secara terus
kepada pengguna,” katanya.
Skuad sukarelawan ‘CFM Rangers’ ini telah dilancarkan pada program Persidangan
Pengguna Komunikasi & Multimedia 2022 yang bertempat di M Resort & Hotel, Bukit
Kiara pada 2-3 Disember yang lalu anjuran CFM. Persidangan ini dengan
sempurnanya telah dirasmikan oleh YBrs. En. Kamarudin Abdul Rani, Setiausaha
Bahagian Kawalan dan Pematuhan bagi mewakili YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad
Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital.
Persidangan yang bertemakan ‘Pengguna Berilmu, Pengguna Bijak’ ini melibatkan
beberapa sesi yang mengetengahkan isu kepenggunaan dalam industri, makluman
pembangunan teknologi yang terkini dan juga isu-isu yang hangat diperkatakan di
dalam era digital masa kini. Antara barisan panelis dan pakar-pakar yang dijemput
adalah Ketua Pegawai Eksekutif daripada organisasi seperti Media Prima, MyDigital,
The IO Foundation, Digital Nasional Berhad dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.
Topik yang dibentangkan pula adalah seperti 5G, Scam, Digital Rights, Broadcating;
The Bigger Picture dan Escalation Process. Sambutan dan penyertaan yang baik
daripada agensi-agensi dibawah kementerian, persatuan-persatuan pengguna diseluruh Malaysia, pembekal-pembekal perkhidmatan telekomunikasi serta organisasi
swasta yang berkaitan memeriahkan lagi persidangan pada kali ini. Pada hari terakhir,
Mesyuarat Agung Tahunan CFM kali ke-21 telah diadakan sebagai penutup bagi
program tahun 2022
- “Miss Madeline,” a New Liquid Barge from Perdue Farms, Sets Sail on a More Sustainable Supply Chain
- Canon U.S.A. Senior Vice President Amy Newman Wins 2024 HERALD Top Chief Officers of Long Island Award
- Gate Ventures welcomes Laura K. Inamedinova as Principal, establishing fund’s strategic presence in the MENA region
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
Leave a comment