AM

KEMBALI KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA – GOBIND

139
Sumber : Facebook Rasmi KKMM

Putrajaya 31 OGOS 2019 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo memohon agar semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat kenegaraan, patriotisme dan menyemai unsur-unsur budaya, integriti, serta menolak amalan rasuah dalam kehidupan masing-masing sempena Hari Kebangsaan yang berlangsung pada hari ini.

Memetik tema Hari Kebangsaan 2019 iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” beliau menjelaskan hasrat Kerajaan untuk memupuk semangat sayangi negara ini dan mengeratkan lagi jalinan perpaduan dan keharmonian di antara semua penduduk serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyat yang berintegriti dan mempunyai jati diri.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Gobind juga memohon agar semua rakyat Malaysia kembali kepada prinsip-prinsip Rukun Negara yang menerapkan nilai-nilai murni yang berasaskan kedamaian, kesejahteraan, perpaduan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, sikap toleransi antara satu sama lain dan semangat patriotisme yang jitu supaya rakyat dapat hidup bersatu padu tanpa sebarang sengketa dalam usaha membina satu negara yang maju dan dilihat oleh seluruh dunia sebagai contoh negara majmuk yang berjaya.

‘ “Kemakmuran Bersama” merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan ke arah hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai kaum, yang menjadi kunci utama untuk menghadapi pelbagai cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat kerajaan secara menyeluruh.

Dalam perkara ini, semua rakyat Malaysia mempunyai peranan penting untuk memastikan bahawa kita semua bangga dengan pencapaian negara kita selepas 62 tahun merdeka baik dari segi ekonomi ataupun sosial” jelas beliau.

Gobind juga menambah bahawa rakyat harus menghargai usaha membina satu negara yang berjaya berasaskan semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

” Oleh itu, marilah kita bersama-sama meraikan hari yang penuh bermakna ini dengan mengekalkan semangat keharmonian dan perpaduan antara semua lapisan masyarakat Malaysia, agar aspirasi kerajaan ‘Kemakmuran Bersama’ dapat dikecapi oleh semua.

Selamat Hari Kebangsaan dan Salam Sayangi Malaysiaku.” kata Gobind di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...