AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

Belum ada kata putus berkaitan harga lantai getah

244
Rubber tapping in rubber tree garden. Natural latex extracted from para rubber plant. Rubber tree plantation. The milky liquid or latex oozes from wound of tree bark. Latex collect in small bucket.

KUALA NERANG, 27 Oktober 2022- Kerajaan belum memutuskan penetapan harga lantai getah pada nilai baharu bagi membantu golongan penoreh getah di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, harga lantai getah perlu dibincangkan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang bakal ditanggung kerajaan jika harga lantai getah dinaikkan.

Perkara itu juga katanya harus dikaji bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.

“Saya secara peribadi menyokong harga lantai getah RM3.50 namun di pihak kerajaan kita perlu ada perbincangan khas mengenainya kerana setiap sen harga lantai yang ditetapkan akan memberi tanggungan besar kepada kerajaan.

Contohnya jika harga getah ketika ini RM2.90 sekilogram dan harga lantai ditetapkan RM3.50, maka kerajaan perlu tambah setiap sen kenaikan itu”, katanya kepada media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA di Dewan Kolej MARA, di sini, hari ini.

Jelas Mahdzir, cadangan itu juga perlu mengambil kira beberapa faktor dan diteliti satu persatu termasuk jumlah pekebun dan keluasan hektar kebun getah serta harga semasa getah di pasaran dunia.

Tambah Mahdzir, pihaknya menjangkakan penetapan harga lantai itu boleh dibuat, namun perlu mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...